Sunday, 17 June 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 4:32 pm 0 comments
S.O.M.E.T.H.I.N.G..

Something yg sometime kdg2 kita xleh nk describe...

Jiwa dalam keadaan xtenteram..banyak dosa?something bad might happen?rindu ?mama? abah?adik?Oh!

Yang semestinya tanpa kita sedari..akan menangis..menangis..menangis dan menangis. perasaan yg bercampur baur..


MENGAPA INI TERJADI???*plehless jgn tnye...



Allah!..yeesss..ye Allah yg ana cari..hanya Dia saja yg sudi mendengar rintihan ana...hanya Dia yg mampu buat ana rasa tenang.. moga-moga org yg ana sayangi sentiasa dalam keadaan yg dilindungi..aamiin..

                                         sumber

WAJIB...
always keep in touch with Allah...selamat malam..
note

Tuesday, 12 June 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 5:14 pm 0 comments
Nama saya Nazilah..insyaallah sem 5... :D

Bismillahirrahmanirrahim.In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Assalamualaikum...huh!(mengeluh jap!)hihi..(tarik nafas) alhamdulillah..bermula kembali   kehidupan ana di u setelah dua bulan berholiday.:)

Apa yang mampu ana ucapkan...syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang masa,kesihatan tubuh badan dan segele-gelenye laa..dan paling penting dapat duduk kolej..weeee~..alhamdulillah..even de membe yg xdpt..huhu..bukan rezeki mereka..:)

Hari pertama sahaja dh ade problem..=='..gara-gara UPK punye pasal..tp alhamdulillah..semuanya dalam keadaan yg terkawal dan segalanya dipermudahkan..:)..setiap masalah pasti ade penyelesaiannya kn..

Hmmmmm...So how the life in JENGKA for this semester???

Macam mne??macam ini je laa..hee..sama seperti sem2 yang lepas..cme yg bezenya subject je laa..huhu..sem ni mungkin kne struggle gilerrr..masyaallah!.subject sem ni mungkin mudah...tp susah yang dijangka..hihi..xpe2..ape pn terapkan dalam diri dengan nilai2 yang positif...yesss!SEMUA SENANG!!!PAHAM!..:)

Setelah dikaji dengan teliti..ape yang penting ana  perlukan sebenya adalah ISTIQAMAH!yee..ni yang ana perlukan!!

Dari dulu setiap sem..awl2 azam cakap je nk belajar sungguh-sungguh..nk rajin ulang kaji....xnk malas2.pas tu dua tiga hari..seminggu..sebulan..lame2 dah lupe..=='..last2 time dapt result..senyum kambing aje laaa..hahaha,,dh sem 5 ni baru ade kesedaran..hihi..barangkali sem ni ana baru saja nk matang..muhehehe..

Berbalik pada istiqamah..

Istiqamah ni merupakan amalan yang dilakukan secara berterusan dan konsisten walaupun sedikit..hanya hadir pada jiwa yg benar2 berkeinginan..sukar ke???yee..mungkin..paham2 je laa dengan "musuh" kita ni kn..mane boleh tengok kita jadi baik ckit..huh! dan ape yg m ana perlu buat kena lah selalu mengingatkn diri sendri..ape?mengape?kenapa?perlunya kita menuntut ilmu ini..dan paling penting percakapan perlulah seiring dengan perbuatan..takot nanti hangat2 tahi arnab je..hihi


Pengumuman Penting: Niat kerana Allah Taala..igt Allah semua dipermudahkan..insyaallah..Allahuakbar !! :)

Dan... stok ubat untuk sem ni
-usaha
-tekun memahami ilmu
-kekuatan
-sabar
-tawakal 

Firman Allah Taala:
 

(Surah Yusof ' Ayat 87)
Ertinya:  Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. 


p/s: Ya Allah semoga ana dipermudahkan segalanya.dan jika ada kesulitan..dari kesulitan itu ana cube untuk cari kekuatan dan mencari jalan..Ana pasti Allah sentiasa ade untuk hambanya kan..^^ (kurangkan mengeluh ye amai..)..

Nazilah binti Muhammad nasir kamu jangan pernah sesekali untuk BERPUTUS ASA!GIVE UP!FED UP!! PAHAM!!   :)



note

Thursday, 7 June 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 12:21 am 0 comments
Sahaja Aku Mencintaimu..


Bismillahirrahmanirrahim.In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Bila hati bertemu hati..akan timbul perasaan sayang..tp bila dahi bertemu sejadah pula akan merasai kebesaran ilahi..Allahukabar! sedar x sedar sebenarnya semua orang memerlukan cinta..


Adakah cinta perlukan sebab?Tidak!kerana cinta adalah perkara yang tercantik dan terbaik di dunia yg tidak boleh di pegang..Namun hanya mampu dirasai melalui hati..yee..hati laa puncanya..hati yang menggerakkan segalanya..tanpa hati tiada la perasaan sayang ,cinta, suka, cemburu..dan semua perasaan yang terlibat..

Allah!

Sahaja aku mencintaimu
Kerana Allah Taala

Sahaja aku mencintaimu
apa yang termampu bagiku

Sahaja aku mencintaimu 
kerana kamu telah ditakdirkan untuk saya

Sahaja aku mencintaimu
kerana hanya kamu mampu meluruskan saya

Sahaja aku mencintaimu 
kerana hidup mati ku kerana Allah..


Tapi.....

Sebelum hati  mengatakan "sahaja aku mencintaimu"..biarlah hati ini bergema di jiwa ini dengan..."sahaja aku mencintaiMu"...

Pernah jua..taktala hati kerinduan..hanya doa mampu di kirimkan..oh ! jernihan airmata xmampu ditahan..kadang-kadang diri sendri tidak sedar dan tidak mengerti kenapa dengan hati ni?hmmm...

Tapi. hati juga yg menyedarkan diri ini..sematkanlah hati dengan cinta yang hakiki   sebelum datangnye cinta yang sejati..Ya Allah!Pertemukanlah kami  setelah kukuhnya nya cinta kami kepadaMu...

Semoga berpadu  dalam mihrab cinta..cinta kepada manusia yang berpaksikan cinta kepada Pemilik Segala Cinta..Insyaallah..^__^

Kerana yakin jodoh adalah milik Allah..:)


                                    Sgt suke dgr..^^           

P/s:" Setiap hela nafas..Setiap gerak tangan..Setiap degup jantung..Setiap gerak kaki..Takkan pernah    bermakna..Tanpa cinta-Mu.."..:)





note

Saturday, 2 June 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 12:28 am 0 comments
Solat Sunat Dhuha..

Bismillahirrahmanirrahim.In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Solat sunat Duha merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda lagi:

"Solat dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kekafiran dan tidak ada yang akan memelihara solat dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat"

Bila kita boleh mengerjakan solat duha ni dan bape rakaat???

Menurut ahli fiqh adalah waktu di antara ketika matahari mula naik sehingga matahari mula condong.Oleh itu solat duha adalah solat yang dikerjakan pada waktu tersebut dan ianya solat sunat dua rakaat atau lebih..maksimumnya 12 rakaat..:)

Apakah kelebihannya?

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad) 


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ). 


                         ske dengar..^^

Sumber rujukan: Himpuanan Solat-solat Sunat- Rusydi Ramli Al-Jauhari


P/s: Memang dh lame xbuat..huh!!banyak cobaan bila kt rumah ni..==' (Alasan semata-mata)

note

Friday, 1 June 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 5:30 pm 2 comments
Sembang-sembang Maghrib..

             
Bismillahirrahmanirrahim.In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.(al-Hajr, ayat 9)


Selepas  membaca al-Quran...di atas sofa dengan telekung xbukak lagi..dengan perut lapo..==


"Anne, ko dh hafal surah sajadah?"..abah tanye sambil melabuhkan punggung di sofa


"Mesti la dh abah..nak test anne ke?"(dengan yakin menjawab) huh! =='


"Mak nye dh hafaz?"(abh tnye kpda emaknye puuunn)


"Mesti laa dh bang"(jawab selmbe)  huh! ==' *sekali lagi


"Ko mai..dh smpy mane??"


"Errr...dah masuk ayt ke 12.." sambil tersenyum..:)


"Xpe..xpyh nk kejar2.baca slow2..jgn tahu bace dan hafal jer...makna nya perlu tahu..paham?"


Ana hanya mengangguk jer...hee


"Eh anne..ko hafal2 maknenye ko tahu x??"


"Errrrrr...tahu laa ckiit"(nak xnk je jwb) xtahu laa 2..hahaha..:p


-bersambung-

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah dan rahmat..

Bercakap mengenai Al-Quran ana ada terbaca satu belog ini..belog tu ade memberi persoalan..bagaimana interaksi kita dengan Al-Quran selama ini..?Qualiti bacaan kita?dan penghayatan kita terhadap al-Quran?

Memang xdinafikan ana sendri pon selama ini hanya membaca ayat dan maksudnya sahaja..tetapi tidak pernah nk menghayati dan mempraktikkan mesej ayat tersebut dalam kehidupan..huh!RUGI..=='..

Seperti yang kita tahu AlQuran merupakan kitab panduan hidup setiap mukmin.. Al-Quran juga adalah cahaya yg mampu menerangi hati-hati manusia ke arah kebaikan dan kebajikan ..disamping ia merupakan rahmat dari ilahi...betapa hebatnya Al-Quran kan.:).. 






Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kejalan yang amat betul (Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan beroleh pahala yang besar


Tidak perlu dipertikaikan lagi..kita semua seharusnya membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian kerana ia merupakan satu kewajipan kerana AlQuran itu sendri mempunyai hubungkait dengan kehidupan manusia..

Dan ana nk share ckit keistimewaana al-Quran ini..


- Al-Quran merupakan kitab yg terpelihara sepertimana jaminan yg telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Cbb tu kita dapati  ramai orang yg menghafal al-Quran dengan baik..lagi2 budak cilik yg umurnya baru 2 3 tahun ...ya Allah..comel betul! dan Allah pun telah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Allahuakbar!

-Al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Haaa..xde manusia taw yg mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamny...

- Al-Quran juga merupakan kitab agama secara keseluruhannya yang mengandung aspek akidah, ibadah, akhlak dan perundangan. Sesiapa yg ingin memahami akidah yg betul dan suci, maka hendaklah ia menyelongkar dari al-Quran. Al-Quran memberi dalil-dalil yg jelas tentang keesaan Allah...Sbb 2 sume penceramah kalau nk mengukuhkan lagi pendapat2 mereka akan menggunakan dalil-dalil Allah..

- Al-Quran juga merupakan kitab sepanjang zaman bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertentu ye. Ini maksudnya  al-Quran merupakan kitab yang kekal abadi dan digunakan sehingga hari kiamat. 

-Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan dan kehidupan. Oleh sbb itu, Allah menjadikan al-Quran sebagai kitab petunjuk kpd manusia dan alam...:)


************


"Ni abah nak cite ckit..5 faktor yg penting iaitu membaca,menulis, menghafal, menghayati dan memahami..bukan dokk hafal jerr..tapi satu ayat pon xpham..rugi laa cm tu...cbb tu abah belikan setiap sorang al-quran dan terjemahan..supaya korang tahu ape makne ayat tersebut..dan senang kamu wat rujukan paham?"

"Tapi amai xpenah pon buat rujukan"huhu

"Tu laa ko..bace buku tebal2 boleh pulak..cbe kalau ade mase lapang..tengok..bace..cbe pahami ..hayati mkne ayt tersebut,,dapat pahala taw..kamu xnk pahala?"

"Msti laa nk abh..Alaaa..tiap magrib bace jugak kn"(ahhhh..nk jugak ana jawab..huhu)

"Memang laa,,kan abh ckp kalau ade masa lapang..kamu pon bukan wat pe kn kt umah ..haish budak ni.!.hah.satu lagi..bile bace tu sebut betul2 setiap huruf..macam sebutan (gho)..jgn kamu bace (ra) taw..sme dengan semua huruf..sume dah diajarkan kn "

"Dah..Baik abah"(masing2 jawab)..^^

"Hah..sebelum azan isyak.abh nk pesan ni..anak2 abh ni semua perempuan..abah nk anak2 abah jadi anak yg solehah...boleh pimpin maa abh masuk syurga..blaja pndai2..abah xde harta nk agih2 kt kamu semua..cari lah ilmu sebanyak mungkin..dunia akhirat..itu la harta yg kekal...abh syg semua..(ahh..ana memg xleh tahan kalau dgr bnde cm ni..==' )"

Senyap

*Azan isyak berkumandang*






note

 

Manusia Mencari Cahaya..