Thursday, 31 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 7:48 am 1 comments
Ikhlas tapi geram..



Sedang ana duduk2 bersendirian..terbit la satu perasaan yg kalau boleh ana mahu buang sejauh2nya..(xske duduk sorg2)..:(..bukan niat untuk mengaibkan seseorang...atau mncerita keburukan org..mungkin juga mengungkit...tp salah ke niat untuk menolong org??kenapa buat cm 2?ahh..mungkin juga ana terlalu baik..hmm...

Selalu pegang kata2 ni..:"Yang baik akan di balas baik, yg jahat dibalas jahat..yg jahat di balas baik itu ANUGERAH..yang baik dibalas jahat itu UJIAN",,:)..Allah maha Melihat..dan Maha Mengetahui

Ahh..menangis??xpyh ckp laa kalau orng hati tisu mcm ana ni..kat mne2 tempt kalau nk nangis..ngis je..huhu..apatah lagi diperlakukan begini..Oh!..Mungkin niat kita dah ikhlas kn segalanya...tp dalm masa yg sama tetibe rase geram..kadang2 ade juga  rasa menyesal..(ikhls ke cm 2??huhu)
Cam no ek??..dosa x??huhu

Alaaaaa...Ana pon manusia juga..ade hati..ade perasaann..cpe xsedih diperlakukn begini..seriously..andai ade sahabat dalam kesusahan ana akan cbe tolong ape yg mampu..kdg2 ana nk kesenangan yg ana dapt ni dikongsi bersama..yelaa..manusia ni kan hidupnya umpama roda..kdg2 diatas kdg2 dibawah...apa slahnya saling tolong menolong kn..hmmmmmmmm..

"Awak..maafkn segala perbuatan saya"...perghh..kalau dpt dgr ayat ni kt telinga..ckup bersyukur..kalau xmampu pon..hntar laa melalui pesanan ringkas pon xpe..ana pon xla  harap pape balasan..sekurang2 sejuk ckit hati ni mendengar ...^^..tpppp...:(

Dan  untuk berdendam ataupon membnci..tidak pernah sama sekali..apa dapat kn???hmm..semoga Allah merahmati die..:)

*luahan perasaan ke ape ni..=='

[Awakkkkkk...sedih dn sukaa ngan saya bolehh???  pehhhlisssss..*mengada*]

note

Wednesday, 30 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 6:00 am 0 comments
Wanita dan keistimewaannya...

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..

Allah taala berfirman ,"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan

Semua orang tahu seindah hiasan adalah wanita solehah..terlalu tinggi nilainya..tahu kenapa??

Jom share..hasil pembacaan ana..:)

1. Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat drp lelaki. "Doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia" kata Rasulullah S.A.W kepada seorang sahabat.

2. Wanita yang solehah lebih baik drp 1,000 lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 orang wali dan lebih baik drp 70 lelaki soleh.

4. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama org yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah dan org yg takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

5.Wanita yang tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam Syurga.

6. Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik drp 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan mendapat pahala beribadat pada malam hari.

8. Apabila seorg perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.

9.Sekiranya wanita mati dlm masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

10. Wanita yang menyapu lantai rumah dgn berzikir pahalanya seperti menyapu lantai di Baitullah.

11. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya, dan ringan pula maskahwinnya.

12. Semua orang akan dipanggil utk melihat wajah Allah di hari akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kpd wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dgn istiqamah.

13. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga, dan menunggu suaminya dgn menunggang kuda yang dibuat drp yakut. ( saya pun tak faham apa ertinya)

14. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

15. Untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan menjadikan 7 parit diantara dirinya dgn api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.

16. Barangsiapa meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai2 serta diringankan Allah baginya sakaratulmaut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman2 Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintasi Siratan Titian Mustaqim. 

17.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

18. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

19. Mana2 wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka dari Hadrat Muaz R.A.

20. Wanita yang melayani suaminya selama seminggu ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakannya 7 pintu Syurga.

21. Wanita yang menjaga solatnya, puasanya, maruah dirinya ketika suaminya tiada, serta mentaati suaminya, boleh pilih pintu Syurga mana yang dia suka.


22. Wanita yang menyucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkannya 1,000 kebaikan, mengampuni 2,000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya dan Allah mengangkatkannya 1,000 darjat untuknya.

23.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun) 

Banyak lagi sbenany kalau nak di share dalam buku ni..hee...mungkin ni pon dh ckup bahagia dn bersyukur bila para wanita membacanya..Hebat kn wanitaa..punye laa tinggi Allah letak martabat seorang wanita..:)

Kecantikan perempuan ni bukan terletak pada cara penampilannya..bukan dengan baju yang digayakan..bukan dengan rambut yang direbonding..bukan dengan tumit kasut yang paling tinggi..bukan juga dengan tudung yang dililitnyaa..tapi kecantikan wanita harus dilihat dari matanya..kerana itulah pintu hatinya..Wanita yang cantik juga yang menjaga akhlaknya dan tutur bicaranya dengan sifat kelembutan yang dipinjamkan oleh Allah...Bukankah Allah SWT itu Maha Lemah Lembut dan cinta kepada mereka yang bersifat lemah lembut...^_^

                                              (sumber)




Banyak yang Allah SWT kurniakan kepda wanita sehinggakan Allah menjadikan wanita-wanita ini perhiasan dunia..masyaallah..jgn xtahu..difitrahkan juga kaum adam yang suka melihat akan kecantikan dan keindahan ..Atas sifat Allah Swt..maka dijadikan aurat lelaki dan perempuan..:)

Untuk kaum hawa..sebenarnya aurat juga hiasan seorang wanita..oleh itu setiap wanita perlu laa menutup aurat mereka..adakah dengan menutup tubuh sudah dikira menutup aurat??haaa..berhati2 la wahai wanita..musuh kita iaitu iblis selalu mncari peluang dan ruang untuk merosakkan...CELAKA  kn??hihi

Menurut hadis Rasulullah SAW, wanita ini diibaratkan seperti tulang yang bengkok. Jika ingin diluruskan maka patah la ia. Jika tidak dilentur, bengkok la ia selamanya. Hari ini tidak ramai wanita yg mengetahui kelebihan yg Allah SWT telah kurniakan kepada diri mereka...Kedudukan wanita dalam islam sangat la tinggi sehinggakan sampy hari ni martabat seorang ibu lebih tinggi daripada bapa..:)


                               *mari menyanyi bersama*

   
************

Tips: Perempuan bila nk keluar meeting ke..kua jalan2 ke..pg mane2 je laa..dh bersiap habis..kasi cunn habis..sebelum kua rumah cbe amik masa sedikit berdiri hadap cermin kejap..tgok..pakaian kita boleh bwak solat x?..selamat bermuhasabah..:)


p/s: Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)------> Renung2 kn..^^




 

note

Sunday, 27 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 4:03 am 0 comments
Kerinduan apakah ini?

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..

 

Kiranya tiada cinta insani untukkku..
cukupla cintaku pada Allah sebagai penyuluh hidup dan hatiku..
Moga kelak ada cinta untukku dari insan yang mencintai Allah
Sebagaimana cintaku terhadapMu..

Kerinduan..ahh..satu perkara yang sukar diungkap..hanya mampu dipendam..payah ditafsir...ia hadir selepas cinta..Oh!Barangkali rindu juga adalah cinta yang berlebihan.. kuasa manusia mana yang mampu menghalangnya???ia berlaku dengan izinNya..

Ya Allah..jagalah kehormatan ku dan kesucian hatiku..ikatlah hatiku daripada merindui insan yang belum pasti jadi milikku...Ya Allah tetapkan la kesabaran dalam diriku agar diriku tidak dikuasai rindu..Ya Allah ya Rahman Ya rahim.. semoga aku mampu bertahan..

Aku mencintai mu Ya Allah..dan kerana itu kini aku takut untuk mencintai dan merindui diri kamu..

"Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"...


~Pencinta: iginkan Al-Quran sebagai mahar~

note

Friday, 25 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 6:24 am 0 comments
Jodoh: Jangan mengejar kesempurnaan.

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..

Sedang syok dengar lagu "kekasihku abadi " ni..tetibe ana ter-mengelamun..tetibe jugak ana teringat balik satu kata-kata seorang laki.."Saya bukan nak cari seorang perempuan yang sempurna..yg kt depan mata ni pun dah ckup..sy terima seadanya"..(senyum)..haih..boleh plak teringat balek!apakan kn daya..jodoh tiada...:)


Hohoho..Ana sureeee heboh..(tetibe) mesti ada manusia yang mahukan kessempurnaan dalam hidup kan?

Stop! jgn terlalu mencari kesempurnaan kerana itu lebih baik,.Hakikatnya tiada manusia yang sempurna kt muka bumi Allah,.Kesempurnaan hanyalah milik Allah SWT..So why there is a need to find perfection?mmg xdinafikan satu ketika  ana penah mencari seseorang  yang betul2 sempurna dalam hidup(memilih),,but ana sedar..ana kne stop mencari MR PERFECT! coz nobody perfect kn?Huh!..None can fulfill my desire..(What desire???muahahahaha..biarla rahsia..)


Allah menciptakan manusia berpasangan..Lelaki dan Perempuan..dan satu saat masing2 saling bergantungan..memang fitrahnya manusia nk cari yg terbaik..contoh..kalau yang laki nak baik, cantik, pndai bergaya,pandai masak,body mesti nak tip top..yang perempuan nak laki yang hensem..berduit, ade rumah, ade kereta porsche..Woha!..ana tahu xsemua cm ni kn..tp jangn disebabkan kita mencari kesempurnaan..kita bakal kehilangan seseorang..dan akhirnya menyesal (bunuh diri!)

                                                    sumber

                                                                         

"Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup."

" Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... "

Apabila korng telah menemui seseorang yang dapat melengkapkan hidup korang, JANGAN pernah sesekali  membandingkan mereka dengan orang lain. JANGAN LAKUKAN..PAHAM!.Cbe untuk menghargai apa yang korang ada. Menyayangi apa yang korang ada. si dia mungkin tidak sempurna, tetapi segala kelemahan yang dia ada mungkin dapat  melengkapkan kehidupan kita...^__^

Disebut dalam AlQuran.... 

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” Annur:26

Soooo..sebenarnya keperluan menjadi yang terbaik itu lebih penting dari mencari yang terbaik..kan?? :)
Insyaallah..

Dlam islam ada satu istilah."Wasatiah".. penah dengar??yang bermaksud bersederhana..bersederhana lah wahai manusia dalm semua aspek..jgn laa kita tertalu tamak untuk mencari kesempurnaan, dan akhirnya kita juga yang mnyesal..cbe la terima dengan seadanya dan bersyukur..itu lebih baik...:)

Bagi ana sendiri laa..ana pon xla mencri seseorang yang mampu mmberi kemewahan dan kesenangan dalam hidup,,harta bukan laa kunci kebahagian kn..kebahagiaan tu datang bila masing2 saling memerlukan..saat senang susah gembira sedih berkongsi bersama..(ohh..sweetnya)..paling sweet ble satu hubungan yang sentiasa diredhai Allah..(oh!menunggu)..paling tenang dan bersyukur  bila si dia adalh seorang "imam" yg dapat membimbing dan mendidik ana dan bakal anak2..insyaaallah(oh!ni betul2 bhagia)

Paras rupa????..yg sedap mate memndang sudah laaa..:)

Sesungguhnya Allah tak memberi yang kita harapkan,,tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan..Wallahualam..Salam ukhwah...:)


P/s: So gurl..be a SUPERVOMAN ..because we are SPECIAL...smile...^__^
       Allah knows what is the best!!..yeah!


*sepnjang taip entry ulang2 dgr lagu yg sme...huh! NEXT....



note

Wednesday, 23 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 4:10 am 0 comments
Kenapa Allah ambil Benda yang kita sayang?

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..

Subhanallah...sesunggunguhnya Allah Maha pemurah lagi Maha Penyayang...

'Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, 
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.'
 [Q.s. An-Nisa:19 ]
 
 Mungkin kita sedih bila sesuatu benda yang kita sangat sayang hilang..lagi2 pemberian dari seorang yang kita amat sayang..

Sedih bukan?huhu..

"la tahzan innallaha ma'ana"

Jangan mengeluh dan bersedih  wahai hamba..sesungguhnya itu salah satu ujian dari Allah..Allah Maha mengetahui segalanya..^_^

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).

Tahu x kenapa Allah ambil benda yang kita sayang?

Sbbnye  Allah nak gantikan yang lebih baik  dari sebelumnya..kan dah ckp Allah kn Maha Pemurah

Tahu x kenapa Allah ambil benda yang kita sayang?

Sbbnya Allah nak ajar kita apa itu erti sabar dan redha..sabar ialah perhiasan manusiawi,,penah dengar x satu  syair arab?  "Sabar itu pahit..tetapi hasilnya lebih manis daripada madu"..haaa..indah kan bila orang yang suka bersabar ni..

Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Tahu x kenapa Allah ambil benda yang kita sayang?

Sbbnya Allah nak mengajar kita erti mensyukuri setiap nikmat yang Dia berikan..Semua kesenangan yang kita miliki hari ini..semua dari Allah..dan jangan sesekali leka dengan kesenangan yg kita dapat itu kerana sekelip mata saja Allah boleh tarik kesenanagan itu...so..sentiasa bersyukur dan ucaplah Alhamdulillah..mudah kan?^__^

Tahu x kenapa Allah ambil benda yang kita sayang?

Sbbnya Allah nak hambanya sentiasa memohon pertolongan dan mendekatkan diri kepadaNya..sesunggunhnya manusia ni hamba yang lemah lagi hina..kita sgt kerdil bukan??.setiap yang berlaku adalah dengan izinNya..Berdoa dan bertawakal kepada Allah sepenuh hati kerana Allah berkuasa atas segalanya sebagaimana berkuasanya Allah menguasai peraturan alam buana ini.

Jangan menangis wahai hamba..
tabahkan la hatimu menerima segala takdir Allah..
Jangan lah sesekali kamu mengeluh..
Kerana segalanya sudah tertulis di Luh mahfuz.. 
Ukirlah senyuman dibibirmu agar dirimu tampak ceria...
Weeee...^__^

P/S: Allah kan baik...segala yang berlaku ada hikmahnya..selalu la bersangka baik dengan Allah..

Satu satu saya sayang ALLAH
Dua dua sayang RASULULLAH
Tiga tiga sayang IBU BAPA
Satu dua tiga sayang semuanya..weeeeeee~~




note

Sunday, 20 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 11:00 pm 1 comments
Special Request!!!

Dengan nama Mu Ya Allah..

Ketika ini ana masih lagi dalam trauma...masih lagi dalm bersyukur..masih lagi mampu tersenyum..ini sudah takdir Allah..apa boleh buat(tidak sama sekali untuk menyalahkan takdir)..hmmm..sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya....

Kehilangan barang tersayang mungkin sesuatu yg agak menyedihkn..tetapi ana xdpt byangkan kalau kehilangan seseorang yang ana kasihi..sayangi..cintai..die laa segala2 bagi ana..Allah!..terima Kasih ya Allah..Kau masih menyayangi keluarga ini..sesungguhnya ana adalah hamba yg lemah lagi hina..

Dalam sekitar 5.30 a.m.......

"Diamm !!"

Ktika ini 3 orang manusia..mungkin juga "geng syaitoonn" memcah masuk rumah ana..mulut adik ana ditutup..sebelahnya parang yang mungkin baru diasah..syaiton itu mengambil rantai milik adik ana..cincin, rantai dan gelang milik nenek ana...ana??die ambil handset..huhu..dan stu laptop  rumah.(mungkin juga si syaiton 2 ambil untuk ciapkan report..hee)...tp redha jer la..:)

Punya la hebat Allahurabbi.. Dia kasi kekuatan pada  seorang nnek yang tua..  nnek ana mampu lagi beri alsan untuk ke tandas kerana sakit perut..dengan tangan terikat..Allahuakbar!(ade gak idea nenek ana ni) sambil syaitoon 2 mengacukan parang kt leher nnek ana...masyaallah..

"makcik..diam2 taw..jgn bising2"( syaiton 2 nak masuk tandas skali)

"Eh..mane boleh..makcik malu"

Apalagi..nenek ana terus tutup pintu..dengan tangannya diikat dan kekuatan yang Allah beri nenek ana pon jerit sekuat hati...masa 2 ana rasa mungkin 2 suara paling kuat nk dibandingkan dengan ziana zain dan azlan typwriter nyanyi..muahaha..stop!..


 Ketika itu dua syaitoon yg kat bilik ni lari lintang pukang untuk mnyelamatkan dri..masa 2  baru laa ana dikejot kan oleh adik...(nampakkn aku tdo mati..HAHA).. ana pon sbenya dengar bunyi bising(jeritan)..tp abaikan jer.hee...skali syaiton tu dah bla adik ana kejutkn..

"Mai..bangun ade pencuri masuk..masuk bilik dah"

"Hah!"(sempat ana istighfar).

Amikkkk kau!..bangun dalm terkejut..dengan jantung berdegup kencng..badan tetibe jadi sejuk..huh!..tgok sekeliling.. ma abh ana okey..sume alhamdulillah xde pape..(nafas lega)

Kerugian ana x merasai detik2 cemas ketika di rompak... brangkali termakan ubat tido yang berlebihan kot..HAHA..Ikot sumber cerita adik ana..die dikejutkan serta merta mulut adik ana ditutup..dan rantai kt leher diambik secara cermat..lepas die dapat je si syaiton 2 suruh adik ana tdo balik...dan diselimutkan dengan penuh kasih syang (pencuri ni memang sweet!)..haha..adik ana pon cite syaitoon lagi sorang jaga ana..huh!TIDAAKKKKKK!! skali lagi ana dah x suci...kali ni terang-terangan..dengan keadaan ana tdo tah cam ne..bakal suami ana pon xpenah lagi tgok muka ana time tdo...si syaiton ni dah rasmikan..CELAKA!..Kalau tahu.,ana tdo pakai tudung..huhu..tp tetap bersyukur..alhamdulillah Allah masih melindungi ana dan sekeluarga...

Barang yg diamik sebiji laptop..hanset ana..dan barang kemas..Alhamdulillah..ana xrasa menyesal kehilangan henset 2...ini adalah satu ujian dr Allah..ana redha..apa mampu ana ucapkan ALHAMDULILLAH..syukur sgt2..sume dalam keadaan okey.dan dilindungi

"lantak kau laa syaitan nak amik ape..nyawa Allah ni kau jgn nk amik sesuka hati..jgn kau jadi penyebab..aku nak mati dalam keadaan yang baik"(monolog jap)

Dan paling ana xpuas hati..boleh syaiton 2 potong wayar chager laptop ana...CELAKA kau sekali lagi!nasib baik laptop ana x diamik..dengan ipad tgh cas..dua laptop kat atas meja ...mungkin juga mata syaiton 2 dibutakan ngan Allah..Allahuakbar!.skali lagi Alhamdulillah..(xla abis duit ptptn ana beli laptop baru..huhu)..Kami sekeluarga redha dengan apa yg terjadi...Allah 2 Maha Besar,..satu hari nanti akan "dikembalikan" balik..

Alhamdulillah..mungkin ada hikmahnya Allah x kejut ana...tp kecian plak adik dan nnek..mereka yg merasai detik cemas ni..tp serba sedikit ana juga rase ke-trauma-aan..Ya Allah..Menangis ana dihadapan Allah..hamba yg hina ni baru terasa bersyukur sgt2 dengan nikmat nyawa yang Allah berikan ni....sgt beharga nilainya...huh!hinanya hambamu ini!! nywa skali hilang bukan boleh dapt untuk kali kedua..

Dan ana baru dapat berita..3 buah rumah.. xjauh dari rumah ana pon  dimasuki pencuri  juga..mungkin juga orang yang sama,,haishh...xpelaa..sama2 kita doakan semoga mereka diberi hidayah sebelum nyawa ditarik Allah..(abah pesan)

Eh..Rumah ana pon dah ramai pengunjung ni..ana boleh lagi sedap2 taip entry..semangat punye pasal..muahaha..abg polis pon dah sampy..awww..^__^..

Ahad yg mulia..Dapt special request dari Allah arini...:)


Sumber cerita : Natra dan Masrikah (watak utama)

p/s : "Raihlah apa yg ada di hadapanmu"(buku: SENYUMLAH)- even kita rasa sedih kehilangn bnda yang disayangi .ketahuilah ada benda lain yg kita boleh hargai.~ NYAWA!..Alhamdulillah^__^
note

Saturday, 19 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 1:39 am 0 comments

Sudikah Awak Menjadi Imam Dalam Setiap Solat Saya?? 

 

Satu ketika awak bertanya saya.

"Sudikah awak menjadi Makmum di setiap solat saya, agar solat saya lebih bermakna dan terjaga hendaknya?".

"Sudikah awak menjadi Penjaga diri dan maruah saya agar hidup saya lebih tenang dan bahagia?".

"Sudikah awak menjadi Pendidik hati dan jiwa saya agar rohani saya terisi hikmahNya dan akhlak saya terjaga hendaknya?".

"Sudikah awak menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkah saya agar saya tahu mana salah dan buruk laku saya?".

"Sudikah awak menjadi Peneman di kala suka dan duka saya agar satu hari, jika ujian itu datang, air mata saya ada yang menghapuskan?".

"Sudikah awak menjadi Pembela diri saya dan agama saya agar saya terus berada di atas jalan yang benar?".

"Sudikah awak menjadi Penggerak semangat saya agar bila saya kelesuan awak mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman?".

"Sudikah awak menjadi Sahabat buat diri saya, mendengar luahan hati saya agar saya boleh berbicara apa saja dengan awak tanpa rasa ragu?".

"Sudikah awak menjadi Penghibur ketika saya kesunyian agar saya boleh ketawa riang?".


^_^


Satu ketika saya menjawab.

"Ya, saya sudi. Kerana awak pilihan saya kerana ILLAHI dan awak juga memilih saya kerana petunjuk RABBI".


Tetapi, saya kembalikan soalan ini kepada awak.

"Sudikah awak terus menjadi IMAM di setiap SOLAT saya jika saya sudah tidak seperti dulu?".

"Sudikah awak pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghibur saya?".

"Jika suatu ketika nanti saya sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solat awak. Jika saya sudah tidak mampu lagi menjaga awak, menemani awak, memerhatikan awak, mendidik awak, membela awak, menggerakkan awak, menjadi sahabat awak dan
menghiburkan awak, sudikah awak wahai  jejaka ?".


Saya percaya awak masih sudi.


"Kerana saya pilihan awak kerana ILLAHI dan saya juga telah memilih awak kerana petunjuk RABBI".^__^
p/s: kalau semua lelaki baik untuk perempuan yang baik, jadi yang jahat nih???=='
      

***(Ahh kamu ni..xpham2 lagi..jadilah baik..Allah tu kan Maha Adil..) ***



note

Tuesday, 15 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 3:22 pm 0 comments
LEMAH...


 Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


 

Bila mana dalam satu masa manusia dalam keadaan resah gelisah.. arghh!!..kenapa ni???...hanya tangisan dalam senyuman..(istighfar)

Ye..die memg seorang manusia yang tabah dalam apa jua keadaan!..tp ble terdudukny di atas tikar suci die la selemah-lemah manusia..Ahh..terasa hinany di hadapanmu Ya Allah..!

Barangkali Allah sudah menyentuh hatinya yang penuh dosa untuk disucikan...Allahuakbar!!


P/S: arghh..mane de manusia yang kuat sendri..kekuatan yang ada sume datang dengan izin Allah..Ya Allah bimbing la hambamu yang lemah ini jalanMu ...

*lap keyboard*
note

Monday, 14 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 3:06 pm 2 comments
Special : Sanah Helwah..Allah selamatkan 
                      kamu!!


Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Ehemm..entry khas  untuk seorang teman..hihi..(cehhhh..title nk special je. :D )


RING DING DONG DING!!DING!! (jam SHINEE kata dah pkul 12) ....^^v


(Nyanyi)..Allah selamatkn kamu...Allah selamat kn kamu..Allah selamatkan pakcik .Allah selamat kn kamu...yeaaa!! pat tiup pelita..hee...^_^

weeeee..SANAH HELWAH..!!SELAMAT HARI LAHIR.!!..HAPPY BUFDAY..!! OTANJOU-BI OMEDETOU GOZAIMASU!! SAENG IRL CHUKA HAMNIDA!!....BUAT TEMAN ANA POCOYO..yang ke 25th...hee..huh!..sudah tua rupanya kamu  ni ye..:)

^^1 ..^^ v....^^w

 surprise!!!!!hee..nah ni untuk awak....

    kek khas dari ana taw..sweetkn?..^__^

Dan ini juga.....


 waaaaa...comel kn??hihi...khas untuk awak(sila terharu)...maaf laa..nak kasi hadiah jauh cgt (alsan munasabah)..hee..soo..hanya mampu beri ucapan saje...:)

ehemmm..dah..jgn senyum sorg2 ye...kiki


Haaa..Yang ni WAJIB Bace ..hee

Ucapan khas dari ana comel: Selamat Hari Lahir awak.. semoga panjang umur.. di murahkn rezeki..moga moga hidup sentiasa diberkati dan success hidup didunia dan akhirat...dan diberikan juga kesihatan yang baik..ehem..umur dah makin meningkt ni..xmo nakal-nakal lagi yer..hee..saya doakan awk semoga jadi  anak yang baik..anak yang soleh..serta anak yang taat perintah Allah dan ibu ayah..aminn..okey..itu aje..:)(ucapan paling ikhlas ni..skali lagi sila terharu .hihi)


ohhh...jgn lupe..senyum2 selalu ye...^__^...

"Somebody up there Loves you
Somebody down here cares for you"



Akhir ucapan..bace la doa ini sempena hari lahir kamu..:)

"Ya Allah panjangkan la usia hambamu ini..
agar lebih lama aku mentaatiMu
Jadikan lah kehidupan ni sebagai ladang 
Moga di akhirat kelak aku dapat mengutip hasilnya

Ya Allah..tambahkan lah amalan ku disaat bertambahnya usiaku
Jadikan lah cahaya Mu yang bersinar menerangi jalanku
Rehat ku adalah rantaian zikir
Rantai yang ku kalungkan pada leherku
Sebagai tanda cintaku kepadaMu
Ya Allah enkau tidak mensia-siakan segala usahaku
Mencari haruman syurga ciptaan Mu
Tempat rehat nikmat abadi...Aminnn"




 P/S: Jangan penah lupa..setiap tibanya ulang tahun kelahiran kita..menunjukkn umur kita makin meningkat  dan..ajal kita juga semakin hampir..persoalanya,.adakah kita sudah bersedia menghadap ilahi???adakh jodoh kita juga hampir???haa..wallahualam..renung2 kan dan selamat beramal...^_^

                                                                                                                                   :: special edition ::

note

Friday, 11 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 5:00 pm 0 comments
BERUBAH...

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

"Saya nak berubah tapi xtahu cm ne..nk kne mula dari mane"

"Haishhh..susah laaa nk berubah ni.."

"Nanti kalau saya berubah mesti orang sekeliling ramai ejek sy,,bajet ar dah jd baik"

Yee..ana tahu..mmg xdinafikan untuk berubah menjadi baik adalah sukar..tapi berubah untuk menjadi lebih baik itu MESTI!!!

"Kenapa"???

Pertama.. perlu tahu sebab apa kena menjadi baik di sisi Allah..untuk mengenali Allah???yaa..tepat skali..
Hati manusia ini diciptakan suci dan bersih...kesucian itu tetap ada walaupon kita banyak buat kemungkaran..

"Wehh..ko ni..slalu aku tgok ko ske bersedekah..tolong orang miskin..tp aku xpenah nampk ko solat..ko xreti solat ker??aku boleh aja kn"

seee..even kita x kerjakan ibadat wajib..hati kita masih untuk melakukan kebaikn..bagus..teruskan..
tp kita kena igt juga...xsemestinya dengan bersedekah atau buat amal kebaikn sudah jamin untuk ke syurga...ohhh..belum tentu..:)..yang WAJIB juga kita kena kerjakan..sebab itu kita perlu BERUBAH!!

"Macam mana nk berubah?"

Senang je nk berubah ni...buat yang disuruh Allah,,tinggal segala larangannya..see..senangkn ana taip..hihihi..Easy to say but hard to practice.^__^

yee..sbenaya susah untuk kita berubah,,ana juga penah melalui...semua yang berlaku dengan izin Allah..Alhamdulillah..
Adalah fitrah seorang manusia nak yang baik2 aje...so ana nk kongsi sedikit ilmu cmne nak berubah ni..hee

Berazam untuk berubah..cbe tetapkan dalam hati..ckp kt dri sendri."Aku mahu berubah".tp..kita tahu..manusia ni sering dalam kelupaan dan kealpaan(perkara biasa terjadi kat ana..:))..sebab itu kita perlukan kekuatan seiring dengan  perbuatan..apa2 pon dalam berubah memang perlukan azam yang kuat kerana bakal hadapi apa jua cabaran..sooo tenang..:)

Muhasabah..yeee benda ni memang patut ada..muhasabah terhadap dri sendri..cbe untuk sentiasa berfikiran positif..jadikan la Nabi Muhammad sebagai role model...Alquran "komik" kita..supaya dapat memantapkan lagi iman kita

Penyesalan dosa-dosa lepas..

"bila menyebut nama Allah.. hati pasti jadi resah, takut dengan dosa2 yang telah di lakukan,
bila baca kalam2 Allah, atau mendengarnya, hati jadi sebak, macam nak mengalir airmata,.gelisah dalam hati
xpenah berhenti..Ya Allah kenapa dengan aku ni"

Subhanallah...bila ada perasaan begini..maka besyukur laa wahai manusia..kerana tandanya masih ade iman dalam diri korang...Allah itu Maha Pengampun..keinsafan dalam diri merupakan anugerah daripada Allah..sesungguhnya itu adalah petanda bahawa Allah masih lagi beri peluang berubah sebelum anda menjdi mayat..hee

Dengan keinsafan juga..wujud laa sifat tawaduk dan rendah diri..ketika itulah kita berasa bertuah kerana diberi kesempatan peluang berada di jalan yang betul..Allahuakbar!

Jangan lupa solat taubat ye..^__^

Bermulanya langkah...
Cbe laa perbaiki kelemahan kita..ubah dan tinggalkn benda2 yang "jahat"yang biasa kita buat...buat amal ibadah..berzikir cara kita mendekatkan dri kepada Allah..kalau sebelum ni tak pakai tudung.. niat dalm hati nak ubah  pakai tudung lepas ni...kalau dulu suka pakai baju ketat2, dedah sana sini, niat nak ubah lepas ni dah mahu pakai yg ketat2 lagi...(igt azab kat akhirat) yeeee..memang susah..sakit...tapi tulah dugaan..perlukan kekuatan dalam dri...usha yang berpanjgn kne ada. SABAR dalah kunci utama..dan DOA senjata utama..anda sgat perlukan dua benda ni...:)

Last but not least..persekitaran...cbe la bergaul dengan orng yang akhlaknya baik...bergaul la dengan orng yang berilmu..(at least rse tempiasnya)..tp x bermaksud  pilih bulu dalam berkawan..jangan!..kita kena pandai dalm pergaulan...mana yang baik kita jadi ikutan..yang buruk tu cbe jdikan sempadan..andai ada kawan kita melakukn kesalahn cbe la menegur dengan cara yang elok..
     
                                                                              LOVE

Tapi kene igt..jangan totally terus berubah..."eh nape??xleh ker??"..

boleh jer..tp kalau nk berubah bia la sikit2..berterusan dan konsisten...sebab niat kita nak berubah kerana Allah..bukan sebab manusia..dan niat kerana takot azab Allah..


Dri surah Al-mulk ayat 12.
"Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka berolah keampunan dan pahala yang besar."

P/S: Nak jadi baik memang susah,,nak baiki dri jadi baik memang perlukan masa..tp nk jadi "jahat" memang sekelip mata..hee..oleh itu teruskan bernujahadah untuk istiqamah..jauhilah kemaksiatan(pesan dri sendri juga)..penuhi kebaikn dalam kehidupan..usaha..usaha..dan teruskan usha dan iringi dengan doa..jangan putus asa..insyaallah..moga2 Allah mendengar setiap rintihan kita...


Coretan: sekadar kongsi jer mengikut pengalamn..sesungguhnya ana juga masih terumbang ambing dalam hal dunia,,apatah lagi akhirat..sama2 la kita perbaiki..^__^ 


                                                          :: ALLAHUAKBAR::
note

Thursday, 10 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 7:52 pm 2 comments
 Cerita Benar...

Disuatu petang...dikaki lima..sebelah speedmart...
 


Budak : Assalamualaikum Akak ,akak beli la kerepek ni..

Hamba :Waalaikumslm.. berapa ni dik (belek2 kerepek)??

Budak
: sebungkus 5 ringgit..beli laa kak..(muka mengharap)

Hamba: ok..kasi akak 2 bungkus..

Budak:
Nah kak..(mke tersenyum)..moga Allah merahmati akak..terima kasih

Hamba: sama-sama(senyum)

Hamba  pon melangkah untuk balik..tetbe die berpaling dan pergi semula ke arah budak itu...

Hamba: Adik..amik ni akak beri untuk adik(dalam keadaan salam)

Budak: Tp kak..kakak saya suruh jual kerepek ni...dapatkn rezeki dengan kerepek ni..bukan dengan terima sedekah drp org lain

Hamba :
Hmmmm..Kakak??adik ade kakak yer??mne kakak adik??

Budak : Ade..die g jual kerepek kt tempt lain..sy cume de sorang kakak je..kami anak yatim piatu..mak ayah kiteorang meninggal sebab kemalangan..dengan jual kerepek ni laa kami boleh hidup..

Hamba:
Owhhh (Terdiam) xpe..ni pemberian akak seihklas hati..untuk adik dan kakak ye..

Budak: tapi kak...(serba salah)..

Hamba:
xpe...amik jer..xdenya polis nk tangkap..(ketawa kecil)

Budak:
Terima kasih akak..

Hamba:
Sama-sama(sambil usap kepalanya)

Hamba pon beredar...baru lima langkah hendak menuju ke kereta..tetibe dgr suara memanggil "Akakkkkk"

Budak tu berlari ke arah hamba..terus memeluk hamba..Hamba tersentap!..kenapa ni? Ya Allah..budak tu menangis..dan suatu perasaan yang xdapat hamba gambarkan apabila terima dakapan seorang anak yatim...sungguh! dengan sendirinya airmata hamba pon mengalir dengan deras..dalam hati hamba berkata.."Ya Allah..kau lindungi lah anak ni"

dan hamba sempat mngucup dahinya dan mengelap airmata budak itu..dalam keadaan nangis lg budak itu..die ckp" adik rindu mak ayah ..nape Allah amik awal dr adik"..Ya Allah..skali lagi airmata hamba deras mengalir..kali ni..dakapan hamba dan budak itu makin erat..(Ya Allah..kuatkan semngat hamba)..apa dosa anak kecil ni..

Hamba: adik..sebab Allah syg cgt kt mak ayah adik..sbb tu die amik awal dr adik(sambil lap mata)

Budak: Tapi adik pon syg kt mereka..adik perlukan mereka..

Hamba: Terdiam...(xmampu nk ckp)

Pon!pon!..kereta ayah hamba sudah pon berteriak..hamba xmampu jawab persoalan budak tu..dengan pantas hamba mengucup dahi dia..dan sempat memberi cokelat kadbury yg hamba beli kt speedmart...Berat sungguh hati nak melepaskan..mau saja bawak dia balik.Huh!.Hamba sempat berpesan "Adik jaga diri ye..jgn lupa..slalu sedekahkan alFatihah dan surah yasin untuk mak ayah adik..sampykan salam assalamualaikum akak kepada akak adik ye.." budak tu hanya mengangguk...

**************

sumber


Ya Allah..sungguh beruntungnya hamba masih lagi mempunyai kedua ibu bapa..syukur Alhamdulillah..sedangkan diluar sana sudah ramai  dipanggil anak yatim dan yatim piatu..paling memilukan umur baru setahun jagung membesar tanpa ibu ayah..besar sungguh dugaan mu Ya Allah..Allahuakbar!..Hanya doa hamba titipkan buat adik dan kakaknya.. semoga mereka sentiasa dilindungi...dan diberikan kekuatan menempuh hari-hari mendatang..


p/s:Dengan hati yang lembut dan mudah tersentuh drp kurniaan Allah.. ana dapat rasakan bagaimana perasaan seorang budak kecil yang terlalu merindui kedua ibubapanya.(nangis).hargai kedua ibu bapa kita selagi mereka hidup..  (okey..hati tisu)

Bnayak2 pesanan..pesanan ni ana xleh lupa

Mama: Bile mak dah xde selalu sedekahkan alfatihah dan surah yasin ye
Abah: ko blaja la pndai2...abah xde harta..ilmu ko tu laa harta sepanjang hayat..nanti abah dah tue..ko nk 
          hantar abah kt umah org tue pon xpe...(pesanan abah ana mmg buat ana SENTAP!!!!) moga dijauhkan..
          Amin...
               

                                                               :: SUBHANALLAH ::
note

Wednesday, 9 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 9:53 pm 0 comments
Sedekah...

 Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hari ni ana nk cite cikit pasal sedekah..korang mesti penah bersedekah kn??ALHAMDULILLAH..:)

Tengok!budak kecil pon pandai bersedekah..^_^



Nak tahu tak??

Sedekah merupakan satu amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat islam..xkira status, darjat atau taraf hidup seseorang ..(kaya atau miskin)

"Ente..camne kalau kita miskin"??kne juga ke bersedekah..sedangkan kita pon xmampu...

Allahuakbar!..mari sni dengar cite ana..:).

Apabila kita menyentuh tentang bentuk-bentuk sedekah.. segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya: "Ya Rasulullah orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?'' Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. (Riwayat Muslim)

Wahai kawan kawan sekalian..sesungguhnya  bertasbih , tahmid dan tahlil juga adalah bentuk sedekah... haa..jgn xtahu ye kwn2..^__^(senyum pon sedekah taw)

Selain itu, setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf, melarang orang membuat mungkar, itu juga adalah sedekah. Bersama atau bergaul dengan isteri, itu juga dikira sedekah.(senang kan dapat pahala ni)..:)

Haaa,,tp kne tahu gak tau,,makna sedakah mengikut takrif yang sebenar dalam islam ialah dalam bentuk harta.,duit atau eset..

xcaya??nk bukti??haa

Penah dengar ni."bersedekahlah kamu walaupun dengan separuh daripada tamar" Nabi Muhammad SAW menggunakan benda dalam bersedekah, ini menjelaskan bahawa sedekah dalam konsep Islam ialah harta..(betulkan jika ana salah)

Haa..law kita beri sekeping roti kepada yg memerlukan pon dikira sedekah gak tau..

Masyaallah...ganjaran pahala ynag kita dapat..insyaallah,,:)

"Tp kn kebanyakkan mereka yg minta sedekah ni mesti de sindiket yg hantar"

Hmm..waallahualam..ana xdapt nk pastikan..tp..boleh juga jadi kemungkinan..hee..tp apabila kita memberi sedekah..tu antara kita dengan dia, jadi tak kesah lah dia tu sindikit ke dia  tipu ke .. tu antara dia dengan tuhan..janji niat hati kita ikhlas memberi..insyaallah..

haa.. stu lagi andai ade orang minta sedekah nak makan atau nak beli susu untuk anak..korang tolong la.. tp yg nak makan tu ajak la die pg kedai makan..yang nak beli susu tu tolong la belikan...sedekah yang cm 2 lebih baik..:)

Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. ^__^ (ingat la kata kata ana)


"Ente nk tanye lagi..ape yg kita dapat kalau kita besedekah??

Haa..kalau nk tahu..cpe yg ske bersedekah didunia seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah tau terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, dan mencegah daripada kematian yang buruk  kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya...tu baru kt dunia tau..masyaallah..


"kalau kat akhirat plak cm ne??"

ehem..Kalau kat akhirat pulak ye??..hmmm..apabila diakhirat kelak bagi orang yang suka besedekah mereka  akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka...Allahuakbar..! baikkan Allah..:)

“Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?”- Al Munaafiquun: 10

Ayuh..jadikan laa besedekah satu amalan harian..^__^

*********************
P/s : Dan kadang kadang ana sayu melihat laki perempuan(mungkin juga ibu bapa orang) dudk ditepi jaln..disisinya terdapat sebekas tisu(kebiasaanya ana lihat)..Ya Allah! serious kdg2 sedih xtentu pasal..moga2 mereka sentiasa dirahmati..^_^


note

Monday, 7 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 10:16 pm 2 comments

Dear future husband...

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful




 Love is something that we cannnot hide nor stop. Sometimes you cant express how you feel..Huh!
"Ini namenya anugerah mai..Allah beri nikmat untuk berkasih syg"

yee..ana tahu..tapi ana cme nk beri nikmat kasih syg ni untuk org yg SAH bagi ana...tp ble??

"Bila seru Allah telah sampy kepada kamu..insyaallah..janji tuhan itu pasti..^__^"

Hmm..ye..insyaallah..ana pasti Allah dah sediakn dan masih mnjadi rahsia buat kita semua..:)
tp law kononya kita dah rse kita dah jupe seseorang.. boleh ke kita berharap dia bakal jd suami kita??

"Allah itu Maha Mendengar...selalu la berdoa untuk mintak petunjuk dariNya..insyaallah Allah akan beri yang terbaik dan layak untuk kita..kan org ckp..law de jodo xkemana..pg laa hujung dunia pon kalau itu dah jodo kita..itulah yg telah ditetapkn"


KUNFAYAKUN....:)

*********************************



Dear future husband..

i dont want be your girlfren..i want someone that u call wife..just want to be someone beside u when u in joy and sorrow..riding your horse of Taqwa..become a priest for me and  future of our children...can guide me on the truth way..I need you to do this because i want to be there for you in Jannah..i will waiting for u at beautiful gate with my hand reaching for yours...i heard u will wait..so I'll wait InsyaAllah..:)
BUT My heart belongs to no one.. i just thought i should let u know. It belongs to Allah  and only Him...u will have to get lost in Him to find me  and even u will still have rightfully to become apart of my heart only through Him..i want u know..i sent my prayer every time and day..hope Allah makes u strong in faith..to be a man..the best man that u can be..insyaallah..^__^

sincerely,
your future wife...<3





note

Sunday, 6 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 2:34 pm 0 comments
Bermulanya Dunia ana...

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum...:)

Salam sabtu yg barakah..semaga Allah merahmati kamu semua...^^

ekceli ana xtahu apa sebabnya  tetibe menghidupkan semula belog ni...weeeee~~

Yaa..maybe kebosanan yg AMAT terlampau dudk kt rumaah ni...smpaikan otak memberi idea untuk bukak balik blog ni..:)

Hmmmmmmmm....

"Ente harapkan blog ni ramai follower ker"??(tetibe de soalan)

Ohhh..semestinya laa tidak..sbb buat pon ske2 je ni..law ana rse nk update..ana update laaa..dan bagi sesiapa yg tersinggah..sengaja nk singgah..maaf laa tiada yg menarik..sbb ana bukan jenis ske berkarya...^^v

"Xnak kenalkan dri ke??"

eh..kne ke?hee..:)

Bismillahirrahmanirrahim..nama ana Nazilah binti Muhammad nasir..

hasil hubungan yang sah daripada..wanita mithali dan lelaki penyayang...^_^

alhamdulillah..tahun ni umo 20 tahun..masih diberi peluang hidup berkeluarga..

dibesarkan dalam keluarga bahgia..sederhana tapi cukup sempurna..:)

status Kerjaya : student diploma sains komputer di uitm Jengka , Pahang..

Status Hak milik: Allah,dan ma Abah,,^__^

"Ente ni mesti pompuan yang baik2 kan??'"(sekali pandg aku terus tnye cm ni)

Allahuakbar!..baik 2 cm ne ye?hee..suma manusia baik2..yg membezakanya  bagaimana cara kita  mencorakkanya....cuma.. yg ana slalu harapkan adalah menjadi lebih baik..^^..satu lagi..MAAF..ana bkn jenis yg ske dipuji (seriously)..==

dan..tapi.....

ana juga seperti wanita2 diluar sana yg suka akan kecantikan..kelembutan..kesopanan..^__^

"Eh2..tp camne ye perwatakan ente?nak tahu gak.."

Haaaa..ni ana xnk laa ckp lebih2..kang ckap ana ni perasan pulaakk..hihi

ana seorang yang pemalu, sombong..----> kali pertama jumpa
ana seorng yang peramah, ---->kali keempat jumpa
ana seorang yang banyak ckp----> xde jumpa2 dah..cbb semua mals layan..HAHAHA(maaf gelak kurang sopan..:) 

ana juga mudah menangis ble tgok org menangis walaupon xtahu cbb ape org 2 nangis..maaf ! HATI TISU... :)..nyahnyah

dan..

lebih ske memndam dr meluah..xbermakna ana ske BERDENDAM!..masyaallah.moga dijauhkn..:)

okehh,,selebihnya bia la org yg mengenali ana menge-judge ana..:)


Alhamdulillah...mungkin ni je yg ana mampu coretkan..hihi..pnjg2 bkn de org bace..ape yg terlintas itu laa jari mampu menaip...salam ukhwah dari ana...moga Allah merahmati anda semua...

syukran jazilan for reading

Assalamualaikum...:)

*****************

p/s: Bagi aku..penulisan itu kekal..setiap dicoretkan ada sebabnya..AWAS!..kdg2 ada kejahilanya..maka coretkn la perkara yang baik baik..segala yg kita lakukan akan ada yang mencatatnya..^__^

note

Saturday, 5 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 2:22 am 0 comments
Prince of Muslim..
 Yess..i have stopped looking for prince..:)

BECAUSE.....

ehem2..dh jumpe ker??HAHA (maybe...)..BUT doesn't mean i believe he is truly my mate..

because the best of planner is Allah..i just make du'a *cehh nmpk cgt berharap:D
but..

is Allah still help me in complete my fairytale???

wallahualam..:)


note

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 1:16 am 0 comments
QUESTION: HIJAB..??

"Why do Muslim women have to cover their heads?" This question is one which is asked by Muslim and non-Muslim alike. For many women it is the truest test of being a Muslim.
The answer to the question is very simple - Muslim women observe HIJAB (covering the head and the body) because Allah has told them to do so.

Muslim woman who covers her head is making a statement about her identity. Anyone who sees her will know that she is a Muslim and has a good moral character. Many Muslim women who cover are filled with dignity and self esteem; they are pleased to be identified as a Muslim woman. As a chaste, modest, pure woman, she does not want her sexuality to enter into interactions with men in the smallest degree. A woman who covers herself is concealing her sexuality but allowing her femininity to be brought out.

*see..soooo beautiful the created by Allah..sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah..;D..
note

 

Manusia Mencari Cahaya..