Wednesday, 30 May 2012

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 6:00 am
Wanita dan keistimewaannya...

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..

Allah taala berfirman ,"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan

Semua orang tahu seindah hiasan adalah wanita solehah..terlalu tinggi nilainya..tahu kenapa??

Jom share..hasil pembacaan ana..:)

1. Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat drp lelaki. "Doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia" kata Rasulullah S.A.W kepada seorang sahabat.

2. Wanita yang solehah lebih baik drp 1,000 lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 orang wali dan lebih baik drp 70 lelaki soleh.

4. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama org yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah dan org yg takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

5.Wanita yang tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam Syurga.

6. Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik drp 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan mendapat pahala beribadat pada malam hari.

8. Apabila seorg perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.

9.Sekiranya wanita mati dlm masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

10. Wanita yang menyapu lantai rumah dgn berzikir pahalanya seperti menyapu lantai di Baitullah.

11. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya, dan ringan pula maskahwinnya.

12. Semua orang akan dipanggil utk melihat wajah Allah di hari akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kpd wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dgn istiqamah.

13. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga, dan menunggu suaminya dgn menunggang kuda yang dibuat drp yakut. ( saya pun tak faham apa ertinya)

14. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

15. Untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan menjadikan 7 parit diantara dirinya dgn api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.

16. Barangsiapa meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai2 serta diringankan Allah baginya sakaratulmaut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman2 Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintasi Siratan Titian Mustaqim. 

17.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

18. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

19. Mana2 wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka dari Hadrat Muaz R.A.

20. Wanita yang melayani suaminya selama seminggu ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakannya 7 pintu Syurga.

21. Wanita yang menjaga solatnya, puasanya, maruah dirinya ketika suaminya tiada, serta mentaati suaminya, boleh pilih pintu Syurga mana yang dia suka.


22. Wanita yang menyucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkannya 1,000 kebaikan, mengampuni 2,000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya dan Allah mengangkatkannya 1,000 darjat untuknya.

23.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun) 

Banyak lagi sbenany kalau nak di share dalam buku ni..hee...mungkin ni pon dh ckup bahagia dn bersyukur bila para wanita membacanya..Hebat kn wanitaa..punye laa tinggi Allah letak martabat seorang wanita..:)

Kecantikan perempuan ni bukan terletak pada cara penampilannya..bukan dengan baju yang digayakan..bukan dengan rambut yang direbonding..bukan dengan tumit kasut yang paling tinggi..bukan juga dengan tudung yang dililitnyaa..tapi kecantikan wanita harus dilihat dari matanya..kerana itulah pintu hatinya..Wanita yang cantik juga yang menjaga akhlaknya dan tutur bicaranya dengan sifat kelembutan yang dipinjamkan oleh Allah...Bukankah Allah SWT itu Maha Lemah Lembut dan cinta kepada mereka yang bersifat lemah lembut...^_^

                                              (sumber)




Banyak yang Allah SWT kurniakan kepda wanita sehinggakan Allah menjadikan wanita-wanita ini perhiasan dunia..masyaallah..jgn xtahu..difitrahkan juga kaum adam yang suka melihat akan kecantikan dan keindahan ..Atas sifat Allah Swt..maka dijadikan aurat lelaki dan perempuan..:)

Untuk kaum hawa..sebenarnya aurat juga hiasan seorang wanita..oleh itu setiap wanita perlu laa menutup aurat mereka..adakah dengan menutup tubuh sudah dikira menutup aurat??haaa..berhati2 la wahai wanita..musuh kita iaitu iblis selalu mncari peluang dan ruang untuk merosakkan...CELAKA  kn??hihi

Menurut hadis Rasulullah SAW, wanita ini diibaratkan seperti tulang yang bengkok. Jika ingin diluruskan maka patah la ia. Jika tidak dilentur, bengkok la ia selamanya. Hari ini tidak ramai wanita yg mengetahui kelebihan yg Allah SWT telah kurniakan kepada diri mereka...Kedudukan wanita dalam islam sangat la tinggi sehinggakan sampy hari ni martabat seorang ibu lebih tinggi daripada bapa..:)


                               *mari menyanyi bersama*

   
************

Tips: Perempuan bila nk keluar meeting ke..kua jalan2 ke..pg mane2 je laa..dh bersiap habis..kasi cunn habis..sebelum kua rumah cbe amik masa sedikit berdiri hadap cermin kejap..tgok..pakaian kita boleh bwak solat x?..selamat bermuhasabah..:)


p/s: Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)------> Renung2 kn..^^




 

note

0 comments:

 

Manusia Mencari Cahaya..