Tuesday, 27 November 2012

Satu Kehidupan.

Posted by Ana dan Allah..^_^ at 9:04 am
Bismillahirrahmanirrahim .. In The Name of Allah The Most Gracious
 and The most Merciful

Pernah rasa tak terkadang kita terasa longlai dalam meneruskan kehidupan ini..seolah nk melangkah pun tidak bermaya terasa amat payah sekali..untuk mencapai kejayaan yg kecil pun terkial-kial apatah lagi yg besar..memang jauh skali bukan?

terasa nk putus asa?

Jangan! jangan sesekali untuk berputus asa..jgn penah putus asa berdoa dekat Allah..jangan penah berputus asa dengan rahmat Allah..pleaseeee JANGANNNNN!!!

Berdoalah!

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud;
” Allah sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi ( perkara ) dosa, ( perkara yang ) memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan"(buku TUHAN ITU DEKAT)

INGAT!
Doa adalah sumsum ibadah
 Doa juga adalah senjata untuk orang beriman

Kejayaan tidak datang bergolek..tanpa usaha yg jitu..tanpa tawakal kapada Allah..



Tiada kemudahan melainkan apa yang engkau menjadikannya mudah. Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki ia mudah..
 (jd ingt ble hari2 tgok kat pintu bilik kolej..hiks) 

Kita ni sebenarnya lemah,,tiada upaya dan segala yg berlaku adalah kehendak Allah..kegagalan dan kejayaan Allah yg tentukan..ianya milik Allah..kita hanya mampu meminta ,berusaha dan tiada yg mustahil berlaku di dunia ini kecuali dengan kuasa Allah.. Allah Maha Mengetahui.
.
KUNFAYAKUN....


Kita manusia sebenarnya tidak ada apa2, tiada daya & upaya, melainkan kehendak Allah.
Segala-gala milik Allah termasuk kejayaan & kegagalan kita.
Allah Maha Adil – kita minta & tiada yang mutahil bagi Allah. Kemudian Allah akan tunjukkan jalan kejayaan & kejayaan yang kita kecapi adala dengan izin Allah, bukan usaha kita. Kita hanya perlu work hard & pray double hard.

Sumber Asal: Himpunan 19 Kata-Kata Hikmat ‘Motivasi’ Untuk Membakar Semangat Anda! - Julmazli Dot Com
Setiap manusia berbeza maka  jalan cerita hidup setiap manusia juga berbeza..skrip Allah yang sediakan..Ada yg masa silamnya penuh dosa dan noda..ada kehidupan yg dilimpahkan dengan seribu sejuta sebilion kenangan manis..kehidupan yang bahagia..kekayaan yg xterkira nilainya dan ada juga kehidupan yg diselang selikan dengan kemanisan dan kedukaan,kebahagiaan dan kedukaan..Tapi mmg lumrah hidup kita tidak boleh lari dari segala bentuk ujian.dugaan dan cabaran..bukan?

TAPI.... 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
 (Surah Al-Baqarah ayat 286)

kan?
So tetapkan dalam hati iman, kekuatan dan semangat kerana semangat yg kuat mampu mengatasi segala cabaran yg mendatang..

Jangan lupa Allah sentiasa ada bersama hamba-hambanya yg sentiasa mengingatiNya.
Bergantunglah harapan kepadaNya..insyaallah pasti dipermudahkan..






P/s: Yang menentukan masa depan korang bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang korang capai.. tetapi ke arah mana akan korang bawa semua itu"

note

0 comments:

 

Manusia Mencari Cahaya..